CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 18, 2008

DOA DAN RENUNGAN

Hari ini adalah hari baru bagiku.
Allah telah memberikan hari ini untuk aku gunakan dengan sebaiknya.
Semalam telah berlalu, ianya telah menjadi sebuah sejarah.
Esok belum tentu.
Yang pastinya hari ini.
Esok bergantung ke atas tindakanku pada hari ini sebab esok belum pasti.
Hari ini akan penuh dengan pengembaraan.

‘Ya Allah, penuhi hari ku ini dengan kebaikan’

Semoga esok akan menyusul dengan lebih kesempurnaan.
Aku akan memperbaiki hari semalam.
Aku akan membuatkan setiap hari ini lebih bererti lagi kepadaku.
Aku akan berfikir bersungguh-sungguh.
Aku yakin, benar-benar yakin Allah tidak akan mensia-siakan usaha-usahaku.
Biar aku sihat hari ini.
Biarku lebih gembira hari ini.
Hari ini akan ku gandakan usahaku.
Hari ini akan aku mencapai sedikit kejayaan.
Aku yakin bahawa aku akan berjaya.
Aku akan berjaya!
Aku pasti berjaya!...


‘Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hamba-Mu ini untuk meneruskan perjuangan ini.
Ya Allah, restuilah dan redhailah perjuangan ini.’
Amin.