CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 12, 2011

PENGLIBATAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT DALAM AKTIVITI KO-KURIKULUM : SATU TINJAUAN AWAL

Oleh
Ahmad Bin Sulaiman
Nazihan Binti Aziziuddin
Normah Binti Auyob

Pendahuluan
1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Masalah
1.2 Penyataan Masalah
1.2.1 Aktiviti Ko-kurikulum di Kolej Komuniti Segamat tidak mendapat sambutan yang memuaskan dari pelajar Kolej Komuniti Segamat.
1.2.2 Sambutan pelajar bergantung kepada bentuk program yang disediakan.

1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Mengkaji persepsi pelajar terhadap aktiviti Ko-kurikulum yang di adakan di Kolej Komuniti Segamat
1.3.2 Mengkaji minat pelajar terhadap bidang Ko-kurikulum yang digemari di Kolej Komuniti Segamat.
1.3.3 Mengenalpasti faktor pendorong kehadiran pelajar dalam aktiviti yang dijalankan di Kolej Komuniti Segamat.

1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah persepsi pelajar terhadap aktiviti Ko-kurikulum yang di adakan di Kolej .Komuniti Segamat.
1.4.2 Bidang Ko-kurikulum apakah yang diminati oleh Pelajar Kolej Komuniti Segamat.
1.4.3 Apakah faktor pendorong kehadiran pelajar dalam aktiviti yang dijalankan di Kolej Komuniti Segamat.

1.5 Metadologi
1.6 Batasan Kajian

1.7 Penutup









ABSTRAK
Dalam sistem pendidikan, ko-kurikulum dan kurikulum merupaka dua aspek yang menajdi tulang belakang dalam menggerakkan sistem pendidikan negara. Ko-kurikulum merupakan elemen yang menguatkan kurikulum dan pelengkap kepada ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam melahirkan modaal insan yang memenuhi keperluan dan kehendak semasa.
Dalam melahirkan pelajar yang memenuhi kehendak pasaran atau dengan kata lain memenuhi kehendak pasaran pekerjaan, semua institusi pendidikan daripada pra sekolah dan sehingga ke peringkat pengajiaan tinggi berusaha melahirkan graduan atau lulusan yang berkualiti. Malah secara tidak langsung ianya mewujudkan persaingan yang sihat antara institusi pendidikan. Dengan wujudnya persaingan ini, institusi pendidikan telah mengambil langkah dengan mempergiatkan aktiviti ko-kurikulum dengan mengadakan pelbagai program selain daripada mempertingkatkan kurikulum yang sedia ada.
Dalam melahirkan pelajar yang mempuinyai kebolehan dalam pelbagai bidang ini, kolej komuniti kementerian pengajian tinggi telah mengambil pelbagai pendekatan dalam memperkasakan kegiatan ko-kurikulum dikalangan para pelajarnya. Di peringkat jabatan penghajian kolej komuniti, satu bahagian telah dipertanggungjawabkan iaitu bahagian kebajikan pelajar. Manakala diperingkat kolejh komuniti, unit hal ehwal pelajar merupakan unit yang dipertanggungjawabkan untuk memikul amanah untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan dari segi ko-kurikulum yang melahirkan pelajar yang mempunyai sifat kepimpinan dengan tidak mengabaikan objektif utama iaitu melahirkan pelajar yang bersahsiah dan perberibadi mulia.
Pada dasarnya setiap perancangan ini dilihat sesuatu yang cantik dan memenuhi kehendak semasa, namun adaakah perancangan ini mencapai kepada golongan sasar dan adakah ianya mempunyai kesan yang positif kepada semua pihak. Pengalaman sebagai pendidik di kolej komuniti yang mungkin juga berlaku di institusi pendidikan yang lain. Yang mana para pelajar agak sukar atau agak liat untuk menyertai aktiviti ko-kurikulum yang dianjurkan samaada diperingkat kolej atau diperingkat yang lebih tinggi.
Berdasarkan kepada situasi realiti ini, maka kertas seminar ini cuba mengupas isu penyertaan pelajar dalam aktiviti ko-kurikulum ini. Sama ada ianya mendapat sambutan yang hangat atau semakin sejuk.



PENDAHULUAN

Falsafah mendidikan negara adalah untuk melahirkan individu yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Daripada matlamat falsafah pendidkan negara ini teklah menjelaskan bahawa pembangunan modal ini di negara ini perlu keseimbangan dalam semua aspek kehidupan samada pengetahuan dan kemahiran dalam pembangunan fizikal, kerohanian dan pembangunan minda. Untuk mencapai hasrat inilah maka pembangunan kjurikulum perlu dimangkin dengan pembangunan ko-kurikulum.
Menurut Kamus Dewan (2000) ko-kurikulum ialah merupakan sebahagian daripada kurikulum asas yang melibatkan kegiatan atau aktiviti. Selain mata pelajaran yang diajar di dalam bilik darjah, kokurikulum juga dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan misalnya kegiatan dalam persatuan-persatuan dan kegiatan sukan.
Ko-kurikulum dilihat sebagai satu aktiviti yang berbentuk pendidikan yang dilaksanakan diluar daripada bilik kuliah sebagai pelengkap kurikulum. Ko-kurikulum seharusnya mempunyai keseimbangan dari segi fizikal, mental dan kerohanian. Sekiranya sesuatu aktiviti yang dianjurkan itu, meninggalkan salah satu daripada tiga aspek tersebut, maka sesuatu aktiviti ko-kurikulum itu dirasanya tidak lengkap dan tidak memenuhi matlamat asal ko-kurikulum.
Tujuan ko-kurikulum adalah untuk melahirkan pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik malah bukan akademik seperti mempunyai kemahiran dalam kepimpinan, komunikasi, pengurusan malah kemahiran interpersonal yang baik dalam pergaulan



LATAR BELAKANG MASALAH

Kajian penglibatan pelajar kolej komuniti dalam kegiatan ko-kurikulum ini adalah hasilm dari permasalahan yang berlaku di Kolej Komuniti Segamat yang mana para pelajar agak susah untuk menyertai aktiviti anjuran kolej.

DAPATAN KAJIAN

Dalam membincangkan kajian ini. Hasil analisis ini

Latar belakang responden
Seramai 179 orang pelajar kolej komuiniti segamat sesi julai 2011 telah mengambil bahagian dalam soal selidik yang telah dijalankan. Daripada jumlah ini seramai 154 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan yang mengikuti pembelajaran sepenuih masa. Mereka terdiri daripada pelajar yang sedang mengikuti enam program yang ditawarkan di Kolej Komuniti Segamat. 31 orang dari sijil penyenggaraan bangunan, 39 orang sijil pemasangan elektrik, 22 orang pelajar sijil multimedia kreatif animasi, 40 orang pelajar sijil teknologi pembuatan bersepadu, 33 orang sijil sistem komputer dan sokongan dan 14 orang pelajar sijil pelukis pelan senibina.
Seramai 82.7 peratus atau 148 orang responden berumur 17-20 tahun. Bilangan responden yang melebihi 20 tahun adalah seramai 31 orang iaitu 21 orang atau 11.7 peratus berumur 21 hingga 22 tahun, 8 oranga atau 4.5 peratus berumur 22-24 tahun manakalan terdapat 2 orang responden berusia melebihi 24 tahun.
Kajian responden dari segi latar belakang pendidikan iaitu sekolah asal dan kelulusan mereka sebelum memasuki bidang pengajian di Kolej Komuniti Segamat. Mereka ini datangnya dari latar belakang pendidikan yang berbeza iaitu seramai 142 orang atau 79.3 peratus adalah dari sekolah menengah harian biasa, 31 orang atau 17.3 peratus dari sekolah menengah teknik dan vokasional, 5 orang dari sekolah menengah kebangsaan agama dan seorang dari lain institusi iaitu PERHEBAT. Responden ini majoritinya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia sebanyak 97.2 peratus atau bersamaan dengan 174 orang. Selebihnya mempunyai penilaian menengah rendah sebanyak seorang, sijil tinggi persekolahan malaysia seramai 2 orang dan 2 orang memilik selain dari PMR, SPM dan STPM.

Penyertaan responden dalam aktiviti ko-kurikulum.
Soal selidik ini menyentuh penyertaan pelajar dalam ko-kurikulum samaada sebagai ahli jawatankuasa atau juga sebagai peserta dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Segamat. Aktiviti ko-kurikulum para pelajar Kolej Komuniti Segamat dianjurkan oleh unit hal ehwal pelajar melalui jawatankuasa perwakilan pelajar dan kelab dan persatuan yang diwujudkan di peringkat kolej. Jawatankuasa perwakilan pelajar merupakan jawatankuasa induk kepada semua pelajar yang mana pemimpin jawatankuasa perwakilan pelajar ini dipilih melalui pilihanraya kampus. Selaras dengan perancangan bahagian kebajikan pelajar, jabatan pengajian kolej komuniti yang mengkategorikan kelab dan persatuan kepada lima kategori iaitu kelab akademik, kelab sukan dan rekreasi, kelab wajib, kelab kesenian dan warisan dan kelab uniform.
Kelab dan persatuan kategori akademik mempunyai 6 kelab iaitu kelab teknologi elektrik, kelab penyenggaraan bangunan, kelab komputer sokongan, kelab pelukis pelan senibina, kelab teknologi pembuatan bersepadu dan kelab animasi. Kelab kesenian dan warisan pula di wujudkan kelab nasyid dan kelab zapin. Kelab wajib adalah kelab rukun negara sepertimana institusi-institusi pendidikan yang lain. Kelabn sukan juga sepertimana kebanyakkan iinstitusi yang lain iaitu kelab bola sepak, kelan bola jaring, kelan bola tampar, kelab badminton dan sebagainya. Satu kelab rekreasi diwujudkan iaitu kelab rekreasi dan mendaki di wujudkan. Untuk kelab uniform, hanya dua unit uniform cuba diwujudkan iaitu pasukan wataniah dan pasukan Pertahanan Awam JPA3.
Daripada penyataan diatas, kajian dibuat terhadap penyertaan pelajar Kolej Komuniti Segamat dalam persatuan dan kelab-kelab yang ada. Kajian juga melihat tahap penyertaan mereka samada hanya sebagai ahli biasa ataupun sebagai ahli jawatankuasa. Daripada 179 orang responden, seramai 82.1 peratus atau 147 orang pelajar menyertai kelab dan persatuan dan 17.9 peratus atau 32 orang pelajar tidak menyertai mana-mana kelab dan persatuan. Pendaftaran pelajar sebagai ahli kelan dan persatuan diadakan secara serentak sebelum pemilihan ahli jawatankuasa. Seramai 49 orang atau 27.4 peratus daripada 179 responden memegang jawatan dalam persatuan atau kelab yang mereka sertai. Mereka ini boleh dianggap sebagai pemimpin pelajar di Kolej Komuniti Segamat.
Kajian juga dibuat terhadap penyertaan dalam program anjuran jawatankuasa perwakilan pelajar dan kelab dan persatuan yang ada di kolej komuniti segamat. Daripada soalselidik ini, penyertaan pelajar dalam program agak kurang. Daripada 179 responden ini, hanya 31 orang atau 17.3 peratus terlibat dalam aktiviti anjuran jawatankuasa perwakilan pelajar dan 76 orang atau 42.5 peratus melibatkan diri dalam program anjuran kelab dan persatuan. Keadaan ini disebabkan oleh penganjuran program pada sesi julai 2011 agak kurang berbanding sesi januari 2011. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu kengkangan masa. Pada sesi julai 2011 bermula pada awal julai dan pada ulan ogos adalah bulan umat islam berpuasa. Pada bulan ramadhan ini hanya satu aktiviti sahaja dapat dijalankan iaitu ihya’ ramadhan.

Persepsi pelajar Kolej Komuniti Segamat terhadap ko-kurikulum.
Soal selidik yang telah dibuat keatas responden menunjukkan bahawa pelajar Kolej Komuniti Segamat mengambil tahu kegiatan ko-kurikulum yang diadakan. Lebih separuh daripada responden iaitu 59.8 peratus atau 107 orang pelajar memngambil tahu kegiatan yang dianjurkan oleh pihak kolej. Manakala 73.2 peratus atau 131 responden mengetahui wujudnya kelab dan persatuan di kolej komuniti segamat. Responden yang berminat untuk memegang jawatan dalam kelanb dan persatuan adalah seramai 77 orang atau 43.1 peratus. Rumusan soal selidik ini menunjukkan pelajar Kolej Komuniti Segamat mempunyai tanggapan yang positif dalam kegiatan ko-kurikulum tetapi perlu dipertingkatkan lagi kerana 72 orang atau 40.2 peratus tidak mengambil tahu atau sengaja tidak mengambil tahu tentang aktiviti yang diadakan. Majoriti responden mengetahui kewujudan kelan dan persatuan tetapi mereka kurang prihatin terhadap aktiviti yang diadakan. Hanya 48 orang responden atau 26.8 peratus sahaja yang tidak mengetahui atau sengaja tidak mengambil tahu kewujudan kelab dan persatuan ini.


Minat pelajar Kolej Komuniti Segamat terhadap ko-kurikulum.
Daripada analisis data yang diperolehi, kelab sukan dan rekreasi merupakan pilihan utama responden. Daripada 179 orang responden seramai 140 orang atau 78.2 peratus memilih kelab sukan dan rekreasi sebagai kelab pilihan.
Kelab akademik mempunyai peratus yang kedua tinggi yang menjadi pilihan. Sebanyak 118 orang atau 65.9 peratus responden memilih setuju untuk menyertai kelab akademik. Ini menunjukkan bahawa para responden lebih suka memilih kelab yang mempunyai ramai kenalan mereka terutamanya rakan sekelas keadaan ini mungkin juga didorong oleh perasaan ukhuwah sesama pelajar dan pensyarah dalam program yang sama.
Minat pelajar untuk menyertai jawatankuasa perwakilan pelajar menjadi pilihan yang paling sedikit. Keadaan ini disebabkan pemilihan pemimpin JPP melalui pilihanraya. Keadaan ini dirasaikan pelajar yang mantap dari segi akademik dan sahsiah sahaja pada firasat para pelajar adalah mereka yang layak menganggotai JPP. Keadaan perlu difahamkan kepada para pelajar bahawa JPP adalah dianggotai keahliannya oleh semua pelajar.
Faktor yang mendorong pelajar Kolej Komuniti Segamat menyertai ko-kurikulum
Kajian juga dibuat terhadap faktor-faktor yang mendorong para pelajar kolej komuniti segamat menyertai kegiatan ko-kurikulum yang dianjurkan oleh pihak kolej. Dalam soal selidik yang dijalankan, sebanyak lapan faktor telah dinyatakan untuk dipilih oleh responden.
Faktor utama yang mendorong para responden untuk menyertai aktiviti ko-kurikulum adalah kerana untuk mendapatkan sijil. Sebanyak 143 orang responden atau 79.9 peratus bersetuju dan sangat setuju mengatakan sijil adalah sebab utama mereka menyertai ko-kurikulum.
Kesedaran responden terhadap keperluan sijil dan pengalaman terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan untuk digunakan semasa memohon pekerjaan begitu tinggi. Seramai 142 orang atau 73.7 peratus menyatakan bersetuju dan amat bersetuju kegiatan ko-kurikulum dapat membantu mereka mendapatkan pekerjaan. Untuk merealisasikan faktor ini, maka para pelajar seharusnya didedahkan dengan pengalaman menguruskan program. Seharusnya para pelajar koleh komuniti diberi kepercayaan untuk menguruskan sesuatu acara atau program. Seharusnya pensyarah hanya bertindak sebagai opemantau dan penasihat sahaja.



Hasil dapatan

1. Penyertaan dalam bidang kokurikulum di peringkat institusi pendidikan adalah merupakan faktor utama untuk melahirkan seorang tenaga kerja yang bertangunggjawab dan mempunyai komitmen dan komited dalam kerjaya.

2. Untuk menarik minat pelajar perlu mewujudkan hubungan terlebih dahulu sesame pelajar. Bukti kelab akademik jadi pilihan
3. Kelab sukan dan rekreasi menjadi piihan utama pelajar. Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh pihak pengurusan kerana kemudahan sukan di kolej komuniti terutamanya kolej komuniti yang beroperasi di rumah kedai. Sebagaimana yang kita maklum bahawa kemudahan sukan tidak disediakan di kolej komuniti rumah kedai ini. Kolej komuniti segamat mengambil inisiatif menyewa kemudahan sukan yang ada disekitar bandar segamat untuk membolehkan para pelajar bersukan. Keadaan ini mencetuskan beberapa kekangan seperti peruntukan kewangan, keselanmatan pelajar.

4. Ganjaran dalam bentuk sijil penghargaan atau sijil penyertaan boleh mendorong para pelajar melibatkan diri dalam kegiatan ko-kurikulum.

0 comments: